FAQ

General FAQ

Cat owners can begin registering through the website from 21st November 2016. However cat owners can only schedule their appointments between 1st and 31st December with their chosen vet clinics. The final day to schedule an appointment is 31st December 2016.

Pemilik kucing boleh mendaftar melalui laman web dari 21hb November 2016. Pemilik kucing hanya boleh membuat temujanji dengan klinik haiwan yang dipilih antara 1hb dan 31hb Disember 2016.
Registration can only be done through the website, mycat2vet.my. Refer to the step-by-step guide available on the main home page.

Pendaftaran hanya boleh dilakukan melalui laman web, mycat2vet.my. Sila merujuk kepada langkah-langkah pendaftaran yang tertera di laman utama.
Each owner sign-up is limited to 9 cats. Should you have more than 9 cats, the additional cats will need to be registered by a separate individual under a new account.

Setiap pendaftaran oleh seorang pemilik diterhadkan kepada 9 pendaftaran kucing. Sekiranya anda mempunyai lebih dari 9 kucing, kucing tambahan perlu didaftarkan oleh seorang lagi pemilik yang perlu mendaftar untuk akaun baru.
Should you come across a problem while registering on the website, you may contact the hotline 016-206 9610 anytime between 9am to 5pm from Monday to Sunday.

Sekiranya anda mengalami masalah dalam proses pendaftaran, anda boleh menghubungi talian 016-206 9610 dari pukul 9 pagi hingga 5 petang antara hari Isnin ke Ahad
The basic physical examination fee incurred during your vet visit will be waived. Any fee for prescription medication or follow-up treatment will be borne by the cat owner.

Anda tidak perlu membuat bayaran untuk yuran pemeriksaan fizikal. Sekiranya kucing anda memerlukan ubat ataupun rawatan susulan, yuran tambahan perlu ditanggungg oleh pemilik kucing sendiri.
You may reschedule or cancel an appointment at least 24 hours before the scheduled time. You will need to contact the vet clinic you made the appointment with to update them on your inability to make the appointment so they may update your appointment details or remove your unique registration code from their system.

Anda boleh menundakan / membatalkan temu janji sekurang-kurangny 24 jam sebelum sesi yang ditetapkan. Anda mesti menghubungi klinik haiwan yang terpilih dan memaklumkan mereka bahawa anda tidak dapat menepati temu janji tersebut. Klinik tersebut boleh mengemaskinikan butir-butir temu janji anda ataupun memadamkan kod pendaftaran unik anda dari system mereka.
Pet owners who bring any other animal under the campaign will not be entertained by the vet clinic. The pet owner will need to bear the full fee incurred should they decide to proceed with having their pet checked-up, but it will not be registered as part of the campaign

Pemilik haiwan peliharaan yang membawa haiwan selain kucing untuk kempen ini tidak akan dilayan oleh klinik haiwan. Pemilik haiwan tersebut perlu menanggung yuran penuh sekiranya mereka masih inginkan haiwan peliharaan diperiksa. Butir-butir haiwan mereka tidak akan direkod sebagai penyerta kempen ini.
You may choose to stagger your visits. However, when booking your appointment, please ensure the right unique reservation code (matched with the right cat) is provided to the vet clinic for the chosen date.

Anda boleh menetapkan lebih dari satu temujanji selain dari membawa semua kucing anda sekaligus untuk satu sesi. Sila pastikan apabila membuat temujanji dengan klinik haiwan, anda memberikan kod pendaftaran unik yang dipadankan dengan kucing yang betul untuk sesi yang betul.
Upon reaching the chosen vet clinic, display the email containing the registration code of the relevant cat at the reception counter. You will be called into the examination room for your cat’s check-up.

Apabila anda tiba di klinik haiwan yang dipilih, sila tunjukkan emel yang anda terima yang mengandungi kod pendaftaran unik yang mengesahkan pendaftaran kucing yang berkenaan. Anda akan dipanggil masuk ke dalam bilik pemeriksaan untuk pemeriksaan percuma kucing anda apabila tiba masanya.
Following check-up, depending on if your cat is healthy or requires further treatment or medication, the vet will advise you on any payment to be settled from your side.

Selepas pemeriksaan asas dijalankan, doktor haiwan akan menasihati anda berkenaan sebarang yuran tambahan yang akan dikenakan. Ini akan bergantung kepada keadaan kesihatan kucing anda.

Vet FAQ

Upon registration of each cat, the cat owner will receive an email with a unique registration code designated to the particular cat. When they book their appointment with a clinic, the cat owner must inform the clinic of the cat’s registration code. Upon the check-up, the vet must note the registration code on either the
Option A: Hardcopy Physical Examination (PE) record forms (to be provided to each participating clinic by their respective Royal Canin Business Manager). When transferring the data on to the website, the unique registration will first need to be keyed in to open the online PE form.
Option B: Online PE form. Once logged in, the website will request for the unique registration code before allowing the vet to key in the rest of the information.

Setelah mendaftar, pemilik kucing akan menerima emel yang mengandungi kod pendaftaran unik yang dipadankan dengan setiap kucing. Apabila pemilik membuat temujanji dengan klinik haiwan, pemilik harus memberikan kod pendaftaran unik kucingnya kepada pihak klinik. Selepas menerima pemeriksaan fizikal, doktor haiwan yang menjalankan pemeriksaan fizikal tersebut harus mencatat kod pendaftaran tersebut Pilihan A: Dalam salinan keras borang Pemeriksaan Fizikal (PF) (akan dibekalkan oleh Pengurus Perniagaan Royal Canin anda). Apabila butir-butir pemeriksaan dipindahkan ke borang laman web, kod pendaftaran unik kucing berkenaan perlu dimasukkan dulu untuk mendapat akses kepada borang PF. Pilihan B: Dalam borang PF yang tertera di laman web kempen. Setelah anda log masuk ke dalam laman web, kod pendaftaran unik kucing berkenaan perlu dimasukkan dulu untuk mendapat akses kepada borang PF untuk masukkan butir-butir pemeriksaan.
A standard 20 slots will be allocated to each participating clinic. Additional slots that may be allocated are dependent upon the clinic’s sales figures for Royal Canin cat products over the past year.

Setiap klinik haiwan diperuntukkan kuota sebanyak 20 tempat. Peningkatan kuota adalah berdasarkan jumlah jualan produk kucing Royal Canin oleh klinik yang berkenaan untuk setahun
The person in-charge at the front desk must keep track of the clinic’s quota and be able to confirm if your clinic has enough space left to allocate a slot to the cat owner calling in to make his/her cat’s appointment. When there are 5 spaces left, the vet should contact the Royal Canin Business Manager to request if more slots can be added, should they wish.

Individu yang bertanggungjawab di meja sambut pelanggan mesti mengambil perhatian tentang kuota klinik dan mengesahkan bahawa klinik tersebut masih ada tempat apabila pemilik kucing memanggil klinik untuk membuat temujanji. Apabila terdapat hanya 5 tempat sahaja, doktor haiwan yang bertanggungjawab perlu menghubungi Pengurus Perniagaan Royal Canin mereka untuk menambah lagi tempat, sekiranya diinginkan.
If you choose to not increase your quota, the person in-charge at the vet front desk should inform cat owners calling in to make an appointment that they no longer have allocated slots for the clinic.

Kalau anda membuat pilihan untuk tidak meningkatkan kuota klinik anda, individu yang bertanggungjawab di meja sambut pelanggan mesti memaklumkan pemilik kucing yang memanggil untuk membuat temujanji bahawa klinik anda tiada lagi tempat untuk diperuntukkan kepada pelanggan baru.
If people have signed up their pets, other than cats, and bring them to the check-up, they will need to be informed by the clinic that their pet is not eligible for a free check-up. However, should they still want their pet to receive a check-up, the full bill must be settled at their own expense.

Pemilik haiwan bukan kucing yang mendaftar untuk kempen ini perlu dimaklumkan oleh pihak klinik yang haiwan peliharaan mereka tidak layak untuk pemeriksaan fizikal percuma. Walau bagaimanapun, jika pemilik masih inginkan haiwan peliharaan mereka menerima pemeriksaan, yuran penuh mesti diselesaikan oleh pemilik haiwan berkenaan.
This is highly discouraged as part of the campaign’s agenda and goal is to create awareness and inspire cat owners who have never taken their cat to the vet to do so. We encourage participating veterinarians to take up our cause as their own.

Kami tidak menggalakkan promosi kempen ini kepada pelanggan yang sedia ada. Matlamat kempen ini adalah untuk memupuk kesedaran dan memberikan inspirasi kepada pemilik kucing yang tidak pernah membawa haiwan peliharaan mereka ke klinik haiwan. Kami menggalakkan doktor haiwan yang mengambil bahagian dalam kempen ini akan memperjuangkan ideologi ini.